LHDN hargai peranan media Sabah sebar maklumat percukaian

8 Apr 2023 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menganggap lawatannya di Sabah kali ini sebagai satu lembaran baharu dalam sejarah HASiL, apabila buat julung kali meraikan rakan media dalam majlis berbuka puasa pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Mohd Nizom Sairi menyatakan rasa gembira kerana buat pertama kali dapat meraikan penghargaan terhadap media Sabah dalam majlis berbuka puasa itu.

Sebelum itu, kumpulan kerja dari Kuala Lumpur itu turut mengadakan pertemuan dengan rakan kerja di cawangan HASiL di seluruh Sabah dan Sarawak untuk mengenal pasti masalah dan pembaikan yang perlu dilakukan.