LHDN Memantau Aktiviti Pempengaruh Dan Usahawan Digital Yang Hidup Mewah, Tetapi Tidak Bayar Cukai

TechnologyDigital
27 Nov 2023 • 12:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini berkongsi menyatakan mereka mempunyai sebuah unit khas baharu dinamakan Seksyen Audit Ekonomi Digital (SAED) yang berfungsi khusus untuk memantau aktiviti pempengaruh dan usahawan digital yang hidup mewah, tetapi tidak membayar cukai seperti ditetapkan.

Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa pempengaruh dan usahawan digital yang sering tayangkan kekayaan, termasuk wang tunai melalui pelbagai perkongsian mereka. Walaupun ia tidak menjadi kesalahan, namun LHDN memantau sama ada mereka menjalankan tanggungjawab dengan membayar cukai atau sebaliknya.

Dalam proses pemantauan, sekiranya seseorang terpilih untuk semakan, maka mereka perlu kemukakan bukti berkaitan aktiviti perniagaan kepada pihak LHDN, dalam memudahkan semakan pematuhan dijalankan.

LHDN turut menekankan orang ramai tidak perlu gusar atau takut. Membayar cukai adalah tanggungjawab kepada negara kepada mereka yang mempunyai syarat cukup. Ia turut ditekankan yang mana LHDN tidak menganggu sebarang punca pendapatan atau perniagaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved