LHDN Nampak Apa Yang Berlaku, CEO Beri Peringatan Kepada Influencer Dan TikToker

20 Mar 2023 • 5:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
lhdn

Terkini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menyasarkan hampir 50,000 pembayar cukai untuk tampil dalam program pengakuan sukarela khas SVPD 2.0.

Dalam pada masa yang sama LHDN juga memberi penekanan buat golongan influencer dan TikToker yang meraih pendapatan mereka melalui dalam talian.

Penilaian LHDN

image is not available

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi berharap golongan individu dan syarikat yang tidak pernah melaporkan pendapatan mereka sebelum ini tampil melaporkan diri.

Oleh kerana mereka bergiat secara terbuka di khalayak ramai, kami memerhati, ini sebagai peringatan bukan amaran, bahawa lembaga hasil (LHDN) nampak apa yang berlaku, tampil ke hadapan, ini peluang terbaik dalam SVPD 2.0.

Nizom berkata pendapatan golongan pempengaruh ini boleh dinilai secara jelas melalui jumlah pengikut selain tontonan kandungan yang telah dimuat naik atas talian. Ha, untuk yang mana famous itu jangan lupa pula bayar cukai.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media