Libatkan ibu, netizen anggap kata-kata Pak Azad ke Tareq Fit melampau -“Celupar mulut!”

EntertainmentOpinion
13 Apr 2026 • 9:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kontroversi melibatkan selebriti versatil, Azad Jasmin kembali hangat diperkatakan apabila didakwa menggelar ibu kepada pempengaruh, Tareq Fit dengan panggilan tidak wajar.

Ini ke akhlak seorang artis

Menerusi hantaran yang dibuat Tareq di platform Thread, dia meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isu tersebut tercetus susulan tegurannya terhadap Azad berkaitan kandungan hiburan yang dianggap tidak sesuai.

“Ini ke akhlak seorang artis yang kalian sokong? Kurang ajar betul.
“Aku tegur fasal jangan tayang aurat orang rumah, jangan goyang-goyang. Kau sudah tua dan jangan rosakkan akhlak ummah.
“Tiba-tiba libatkan mak aku dengan benda yang tidak elok langsung.
“Percaya bila aku cakap tentang geng-geng hiburan haram ini, mengejek pasal kubur, astaghfirullah,” katanya.

image is not available

Kasarnya bahasa kalau macam ni

Dalam perkongsian sama, Azad dilihat membalas dengan kenyataan yang turut mengaitkan ibu Tareq, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.

“Hang (kau) tanya aku halal atau tidak bukan? Jawapan aku ringkas saja, ‘mak ang’.
“Sekali lagi nak pesan, sebelum hang nak menunggang (agama), fikir-fikirlah ‘mak ang’ nah.
“Kasihan tau, sebab anak menunggang, ‘mak ang’ yang kena tanggung. Ish, parah dah kau ini,” balasnya.

image is not available

Jangan libatkan ibu dalam perdebatan

 

image is not available

Tak suka Tareq ni tapi…

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan kerana melibatkan ahli keluarga.

Ada juga yang mula menyuarakan gesaan memboikot Era susulan beberapa kontroversi melibatkan selebriti terbabit.

image is not available

Jangan suka-suka panggil mak orang dengan gelaran tak baik

image is not available

Celupar mulut

image is not available

Gaduh dekat media sosial, akhirnya beginilah

image is not available

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada Pak Azad berkaitan kata-kata yang dihantar melalui Direct Message (DM) kepada pempengaruh terbabit.

 Terdahulu, Azad bersama Nabil Mahir dan Radin pernah terpalit kontroversi berkaitan video yang didakwa memperlekehkan ritual kavadi semasa Thaipusam.

 Sumber: Thread tareqfit
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved