Libatkan masyarakat, agensi tangani kes demam denggi di Klang

24 Jan 2025 • 4:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 24 JAN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) akan melibatkan penyertaan komuniti bermula Februari depan sebagai usaha menangani kes denggi sepanjang tahun ini.

Datuk Bandar Dato’ Abd Hamid Hussain berkata langkah berkenaan dilihat paling berkesan bagi mengawal demam denggi di setiap lokaliti selain menjalin kerjasama dengan pejabat kesihatan daerah dan ahli majlis.

“Kita turut libatkan kumpulan sasaran terdiri daripada komuniti masyarakat setempat, rumah ibadat serta pihak sekolah.

“Antara program yang akan dilaksanakan adalah forum perbincangan, taklimat, sesi soal jawab, pameran, kuiz dan pertandingan kitar semula. Ini mewujudkan suasana lebih selamat, sihat dan peka terhadap risiko denggi,” katanya.

Berucap pada perhimpunan bulanan MBDK hari ini, Abd Hamid berkata kes denggi sekitar Klang meningkat setiap tahun sejak 2022 dan 8,202 demam direkodkan tahun lalu.

“Pada 2020 sebanyak 5,636 kes. Pada 2021 (1,989 kes), 2022 (4,970 kes), 2023 (7,977 kes) dan 2024 (8,202) kes,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved