Liew: Populasi Gajah Borneo sangat terancam kepupusan

16 Sep 2023 • 3:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KALABAKAN: Daerah Kalabakan mampu menjadi salah satu destinasi pelancongan menarik untuk menyaksikan Gajah Borneo, memandangkan haiwan itu mudah dilihat berkeliaran di daerah ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, perkara itu tidak mustahil sekiranya semua pihak bersatu dalam hasrat untuk menjaga dan melindungi haiwan tersebut.

“Usaha ini sudah pasti akan merancakkan lagi eko-pelancongan di daerah ini, apatah lagi potensi Kalabakan sebagai pusat pelancongan yang mampu menarik pelancong asing sangat besar, terutamanya dengan perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan kelak,” katanya.

Ini kerana, katanya, Gajah Borneo merupakan tarikan utama industri pelancongan Sabah melalui pelbagai produk pelancongan yang berfokus pada hidupan liar.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Antara yang menawarkan pengalaman unik adalah seperti Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan, Rezab Hidupan Liar Tabin, Kawasan Konservasi Lembah Danum dan Lembangan Maliau.

Justeru, beliau berharap populasi Gajah Borneo di Sabah stabil dan lebih ramai rakan konservasi dari komuniti tempatan dapat membantu dalam mitigasi konflik gajah-manusia.

Beliau berucap merasmikan sambutan Hari Gajah Sedunia 2023 peringkat negeri Sabah di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan, di sini pada Jumaat. Teks ucapannya dibacakan Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Murad Abdul Rashid.

Dalam pada itu, Christina berkata kementeriannya melalui Jabatan Hidupan Liar (JHL) sentiasa mengambil tindakan terhadap aduan serangan gajah yang merosakkan tanaman di Sabah.

Tahun ini sahaja, pihaknya menerima lebih 142 aduan mengenai konflik gajah yang sebahagian besarnya berlaku di Pantai Timur Sabah iaitu 77 aduan dari daerah Tawau, termasuk aduan berulang melibatkan tempat yang sama.

Menurutnya, pihaknya antara lain bertindak memberi khidmat nasihat mengenai pendekatan yang boleh diambil oleh pihak yang terkesan untuk mengurangkan kerosakkan dialami.

Tahun ini, katanya, pelbagai pelbagai usaha dan program dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan Gajah Borneo, antaranya mengenal pasti kawasan sesuai untuk gajah dan koridor gajah.

“Begitu juga dengan penambahbaikkan SOP untuk aktiviti mitigasi konflik gajah-manusia serta latihan komprehensif kepada komuniti tempatan untuk menangani konflik gajah-manusia,” katanya.

Christina berkata, populasi Gajah Borneo yang dianggarkan 1,500 di habitat hutan bahagian Tengah dan Pantai Timur Sabah sangat terancam oleh kepupusan akibat penguncupan kawasan habitat sesuai disebabkan oleh perubahan guna tanah di negeri ini.

Malah, katanya, banyak kes kematian gajah yang berlaku di Sabah berkait rapat dengan masalah konflik gajah dan manusia, khususnya di kawasan-kawasan perladangan dan penempatan manusia.

Mengenai program itu, katanya, dianggarkan lebih 2,640 peserta hadir dan mengikuti program Jelajah Kesedaran Hari Gajah Sedunia 2023 sejak 24 Julai lalu yang fokus kepada pelajar sekolah dan guru-guru di daerah Tawau, perjumpaan dengan komuniti di daerah Tongod dan Perayaan Hari Gajah di daerah Beluran.

“Jumlah penyertaan yang ramai ini memenuhi objektif sambutan iaitu untuk menyebarkan mesej kesedaran awam berhubung perlindungan gajah dan memberi penghargaan kepada semua rakan konservasi yang aktif dalam pemuliharaan Gajah Borneo,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article