Lif Monorel Dibuka Secara Berperingkat

19 May 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk pengguna monorel! Ini kerana pihak Rapid Rail sudah memasang lapan lif di lima stesen monorel di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

Terdapat satu lif di Stesen Hang Tuah, Stesen Imbi (2), Stesen Maharajalela (2), Stesen Medan Tuanku (2) dan satu di Stesen Raja Chulan.

image is not availableimage is not available

Rapid Rail Sdn Bhd berkata, inisiatif itu untuk meningkatkan keselesaan dan aksesibiliti pengguna, khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta keluarga membawa anak kecil atau menggunakan kereta sorong bayi.

"Baki lapan lif, termasuk satu eskalator di enam stesen berikutnya kini sedang menjalani fasa akhir ujian pentauliahan serta pengeluaran permit mesin angkat yang dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir bulan ini," katanya.

Selain itu, naik taraf kemudahan itu dibiayai sebahagian daripada peruntukan RM12.6 juta yang membabitkan pelbagai inisiatif penambahbaikan di semua 11 stesen monorel.

Ia termasuk pemasangan sistem pintu platform automatik dan lif platform untuk kerusi roda yang telah mula beroperasi sejak Disember lalu serta kerja pembaikan lif dan eskalator.

image is not available

Untuk makluman, perkhidmatan monorel mencatatkan purata 57,000 penumpang harian pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Peningkatan ini menandakan pemulihan yang berterusan serta pertumbuhan positif dalam penggunaan pengangkutan awam di kota. la turut menunjukkan keyakinan pengguna semakin meningkat dan monorel kembali menjadi pilihan utama warga kota untuk perjalanan harian mereka.

"Dengan jumlah penumpang yang terus meningkat, kemudahan lif yang mesra pengguna amat penting bagi memastikan pergerakan penumpang di stesen berjalan lancar serta memberi pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan selamat untuk semua," tambahnya.