Liga DUN kecoh, PBSNT akan panggil penganjur

LocalFootball
12 Sep 2025 • 11:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan yang berlaku ketika perlawanan Liga DUN di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Rabu.

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan memanggil pihak penganjur Liga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu susulan insiden kekecohan melibatkan penyokong ketika perlawanan antara Tanjung Sabtu FC dan Paya Datu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Rabu lalu.

Presidennya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada penganjur memandangkan kejohanan tersebut tidak berada di bawah kelolaan PBSNT.

"Walaupun perlawanan itu bukan di bawah kelolaan PBSNT, kita akan memanggil pihak penganjur untuk membentangkan laporan terperinci sebelum tindakan sewajarnya diambil.

"Pada masa sama, mana-mana pihak yang menganjurkan kejohanan bola sepak dinasihatkan agar memperkasakan SOP perlawanan serta memperketat kawalan keselamatan ketika memasuki stadium," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, insiden berkenaan sepatutnya turut dilaporkan kepada polis agar siasatan dapat dijalankan sekali gus memastikan perlakuan keganasan di tempat awam dapat dicegah.

Sebelum ini, liga berkenaan kecoh apabila segelintir penyokong bertindak membaling mercun ke arah padang dan menyalakan suar di stadium.

Situasi panas tersebut memaksa aksi dihentikan pada minit ke-82 dengan pengadil serta pemain berlari meninggalkan padang bagi menyelamatkan diri.

Insiden kekecohan itu tular di media sosial selepas rakaman video berdurasi 21 saat dikongsi pengguna Facebook sejak Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved