Liga Malaysia: 10 pemain tidak lagi bersama Sri Pahang musim depan

29 Dec 2023 • 10:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Sepuluh pemain Sri Pahang FC dalam Liga Malaysia musim 2023 tidak lagi akan bersama skuad Tok Gajah itu bagi mengharungi liga tahun hadapan.

Sri Pahang FC menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu memaklumkan Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva dan Sherzod Fayziev tidak akan bersama pasukan itu lagi.

Pemain lain Nicholas Swirad, Muslim Ahmad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat Mohd Nazri, Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi dan Shahrul Nizam Mohd Nadzir.

Justeru, Sri Pahang FC merakamkan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan keringat dicurahkan kesemua pemain itu sepanjang menyarung jersi Tok Gajah, selain impak positif yang dibawa kepada kelab akan sentiasa dihargai serta dikenang.

“Terima kasih, semoga terus berjaya bersama pasukan baharu,” menurut hantaran itu. -Bernama