Bekas pemain tengah kebangsaan, Hardi Jaafar, meluahkan kekecewaannya terhadap hala tuju Liga Malaysia yang kini menurutnya terlalu bergantung kepada pemain import hingga menjejaskan nasib pemain tempatan.
Dalam satu hantaran di Facebook, Hardi mempersoalkan dasar yang membenarkan setiap pasukan mempunyai sehingga 15 pemain import. Katanya, perkara itu tidak masuk akal dan boleh memusnahkan masa depan bakat tempatan dalam liga sendiri.
“Adakah patut atau tidak setiap pasukan memerlukan khidmat pemain import seramai 15 orang? Kenapa tak letak satu pasukan terus? Dalam bahasa kasar, kepala #### korang,” tulisnya.
Tak beri peluang kepada pemain tempatan
Hardi turut menyentuh isu kejatuhan beberapa pasukan tradisi seperti Perak, Kedah dan Pahang, yang menurutnya semakin dipinggirkan walaupun pernah membawa nama Malaysia ke pentas lebih tinggi.
“Korang sanggup melihat pasukan Perak, Kedah dan Pahang tarik diri dari liga… Disebabkan satu atau dua pasukan yang gah sekarang ini bermain untuk ACI Championship, korang boleh lupakan pasukan yang pernah menaikkan nama Malaysia suatu ketika dulu.”
Beliau turut menyindir kegilaan mengejar trofi walaupun hanya dengan barisan import hampir sepenuhnya, tanpa memberi peluang sewajarnya kepada pemain tempatan.
“Setakat main dengan ramai pemain import, hanya seorang dua saja pemain tempatan… tak payahlah nak bangga sangat. Hanya korang bangga dengan piala yang korang dapat untuk rekod dalam Malaysia je.
“Sorry to say, selamat ######m Liga Malaysia.”
Kurang 24 jam kemudian, tampil mohon maaf
Susulan reaksi pelbagai pihak, Hardi memuat naik satu lagi hantaran menyatakan permohonan maaf. Beliau menjelaskan bahawa luahannya dibuat atas dasar sayang terhadap bola sepak tempatan dan tidak bertujuan menyakiti mana-mana pihak secara peribadi.
“My expression was simply the heartfelt words of someone who deeply loves Malaysia.”
“I apologize if my words have hurt anyone… My words may have come across as harsh, but they were not meant in the way others might interpret them.”
Sumber: Facebook Hardi Jaafar
The post ‘Liga Malaysia dah jadi milik pemain import’ – Hardi Jaafar luah kecewa, lepas tu minta maaf? appeared first on The Reporter.


