Liga Super 2013 Berwajah Baru, Kini 18 Pasukan Beraksi Semusim & Liga Perdana Dimansuh

Football
20 Jul 2022 • 3:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Liga Super 2013 Berwajah Baru, Kini 18 Pasukan Beraksi Semusim & Liga Perdana Dimansuh

Liga Malaysia 2023 bakal berwajah baru apabila berlaku penstrukturan semula yang dibuat oleh Malaysian Football League (MFL) bagi memastikan liga bola sepak professional negara lebih berdaya saing.

Hasil dari persetujuan Rakan Kongsi Liga menerusi Mesyuarat Luar Biasa (EGM) yang berlangsung hari ini. MFL juga memperkenalkan penstrukturan semula piramid bola sepak kepada yang lebih relevan mengikuti arus permodenan bola sepak, aspek komersial dan memberi keutamaan kepada pembangunan pemain tempatan bermula musim hadapan.

Enam aspek utama yang bakal diperbaharui adalah seperti berikut, Liga Super bakal membabitkan 18 kelab penyertaan berbanding 12 kelab sejak 2013. Bagaimanapun, bilangan penyertaan kelab dikurangkan kepada 16 pasukan pada 2014 dan tahun-tahun berikutnya.

Liga Premier akan dimansuhkan bagi tempoh tertentu sebelum pelancaran semula Liga Semi-Pro selepas program pembangunan kelab dilaksanakan bersama AFL bagi pasukan M3.

image is not available

Seterusnya, Liga Simpanan (Reverse League) akan diperkenalkan sebagai liga yang bakal menjadi penghubung untuk memperbaiki jurang pembangunan dalam struktur Liga Super untuk pemain mendapatkan minit permainan dan adaptasi ke persediaan Liga Super.

Konsep Reserve Team akan berakhir dan semua pasukan Liga Super akan mempunyai pasukan bawah 23 tahun (B-23). Sekali gus memberi daya saing yang lebih seimbang kepada semua pasukan.

Selain itu, kuota pemain import akan sejajar dengan pergerakan AFC dan juga berasaskan jaminan slot kepada pemain tempatan di atas padang. Ini bagi memastikan peningkatan kualiti dan peluang setiap pasukan liga elit kebangsaan . Serta kuota pemain import sama rata kepada semua pasukan Liga Super.

image is not available

Seterus, format Piala FA dan Piala Malaysia akan dirumus semula agar peningkatan perlawanan liga dan juga perubahan kalendar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada musim depan.

Pembaharuan juga melibatkan penstrukturan semula dan peningkatan perlawanan Piala Belia dan Piala Presiden bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

MFL juga menjelaskan bahawa pihaknya telah merujuk kepada pelbagai pihak berkepentingan dan pihak berkuasa bola sepak Persekutuan Bola Sepaka Antarabangsa (FIFA), AFC dan kajian terhadap beberapa liga untuk melihat format liga yang bersesesuaian.

image is not available

image is not available

image is not available

Sumber: MFL