Liga Super: Kuching City sekadar seri dengan Kelantan

Football
22 Jul 2023 • 7:50 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUCHING: Jaringan sepakan percuma Natanael Siringoringo meranapkan impian Kuching City FC untuk menamatkan kemarau 15 perlawanan tanpa kemenangan selepas sekadar seri 2-2 dengan Kelantan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak, di sini, malam semalam.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila ketua pasukan Kelantan FC Muhammad Hafizan Ghazali membuka tirai jaringan dengan sepakan kencang pada minit keempat.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, penyerang Kuching City Abu Kamara menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-58.

Giliran pasukan bimbingan Kamaludin Akil itu berada di depan apabila Kamara meledak gol kedua peribadi menerusi sepakan penalti sepuluh minit kemudian, sebelum Siringoringo memastikan Kelantan tidak pulang tangan kosong menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-79.

Keputusan hari ini menyaksikan Kuching City naik satu anak tangga selepas memintas Kelantan United FC untuk berada di kedudukan ke-12 liga dengan tujuh mata, manakala Kelantan kekal di tangga tercorot dengan lima mata. -Bernama