Bagai sirih pulang gagang. Pemain pertahanan skuad kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin, 'rujuk' kembali dengan Selangor FC setelah enam bulan meninggalkan skuad Gergasi Merah itu kerana berubah angin beraksi bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) awal musim ini.


