Setelah merekodkan sembilan kemenangan berturut-turut, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari mahu skuad kendaliannya itu memberikan aksi terbaik bagi melakar kemenangan ke-10 apabila berdepan Kelantan United FC di Stadium Sultan Ibrahim, esok.
