“Lihat Sumayyah Membesar, Hati Terasa Sayu” – Ibu Syamsul Yusof

Entertainment
20 Aug 2023 • 9:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hati berasa sayu, itulah yang diluahkan ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah mengenai dua orang cucu kesayangannya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Datin Patimah memuat naik gambar Sumayyah beserta kapsyen, “Melihat Sumayyah membesar, hati berasa sayu. Jauh perjalanan Syaikhul/Sumayyah bersama mama mereka.”

image is not available

Isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini sempat menitipkan doa semoga Allah SWT melindungi Puteri Sarah dan dua cucunya itu.

image is not available

image is not available

Terdahulu, konflik rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya selesai apabila mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Meskipun sudah berpisah, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah tetap menganggap Sarah sebagai keluarga apabila kerap meluangkan masa bersama-sama.

Puteri Sarah juga ditemani ibu bapa mentua ketika hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini.

Kredit: Instagram Patimah Ismail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved