Lihat tahi bintang, bima sakti dengan jelas di Wind Paradise Mongolian Yurt Kundasang

Travel
19 Jun 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
yurt

SAMBIL berbarbeku bersama keluarga, orang ramai boleh melihat lintasan tahi bintang yang merentasi atmosfera bumi dengan jelas di dek pemantau setinggi 1,414 dari paras laut!

Itu antara keunikan di Kundasang, Sabah yang merupakan antara lokasi percutian yang masyhur di negara ini.

Ia bukan hanya kaya dengan kisah legenda tersendiri, malah keindahan panorama Gunung Kinabalu yang boleh dilihat secara jelas di depan mata turut menggamit kehadiran pelancong dari serata dunia.

Menjelang waktu malam, suhu dingin yang menyapa ditambah keindahan taburan bintang di langit terbentang luas menjadi nilai tambah kepada kepopularan destinasi itu.

Maka, tidak hairanlah ramai pengusaha tempatan mengambil kesempatan menyediakan servis penginapan terbaik kepada orang ramai.

image is not available

Antara yang mencuri tumpuan ramai ialah Wind Paradise Mongolian Yurt yang menawarkan rumah nomad suku kaum Mongol. Terletak di lereng bukit di Jalan Mesilau, Kampung Cinta Mata, reka bentuk dan suasana sekeliling boleh membuatkan anda memanjangkan percutian di sana.

Dek pemantau tersebut yang lengkap dengan kemudahan meja, kerusi termasuk tandas, menjadikan prasarana Wind Paradise Mongolian Yurt umpama seperti sebuah hotel.

image is not available

Berkongsi keunikan lokasi yang dibuka sejak lapan tahun itu, pengurusnya, Eric CCW berkata, pihaknya mahu membawakan satu percutian unik buat pengunjung yang gemarkan kelainan.

"Untuk pengetahuan semua, Wind Paradise Mongolian Yurt antara destinasi pilihan ramai untuk melihat Milky Way dengan lebih dekat tanpa perlu menggunakan teleskop.

image is not available

"Musim terbaik untuk melihat keindahan bima sakti tersebut bermula Mac hingga Julai kerana pada saat itu, langit lebih cantik sehingga menampakkan khazanah alam semesta,” kata pemuda berusia 37 tahun itu.

Untuk tahun ini katanya, lima buah khemah Mongolia sudah diubah suai dengan kanvas baharu, di samping menerapkan warna yang lebih meriah tanpa meminggirkan identiti suku kaum itu.

"Semua khemah itu tidak dinafikan sentiasa menjadi rebutan ramai. Jangan bimbang jika tak berpeluang menginap di situ kerana kami turut menyediakan 10 buah bilik versi wooden logdes yang juga sangat selesa,” katanya.

image is not available

Anak jati Sabah itu juga mengesyorkan orang ramai supaya merebut promosi istimewa yang ditawarkan di Wind Paradise Mongolian Yurt iaitu pakej sebuah khemah Mongolia yang lengkap dengan set katil (memuatkan empat orang) yang ditawarkan pada harga RM210.

Untuk versi wooden logdes pula, harga bilik diberikan bermula RM120 hingga RM210.

"Lagi menarik, pelanggan boleh melihat matahari terbit di sebalik Gunung Kinabalu yang cukup indah. Jangan bimbang soal makan dan minum kerana harga pakej yang ditawarkan juga berpatutan," ujarnya.

Wind Paradise Mongolian Yurt

  • Alamat: Jalan Mesilau, Kampung Cinta Mata, Kundasang, Sabah
  • Pakej harga: Bermula RM120 hingga RM210 (harga promosi)
  • Facebook: Wind Paradise Mongolian Yurt, Kundasang
  • Laman web: niceyurt.com

image is not available

Dewasa ini, selera pengunjung semakin pelbagai. Sesetengah daripada kita lebih senang memilih hotel.

Namun, lebih ramai yang mahukan kelainan seperti memilih stail glamping dan terbaharu konsep Mongolian Hut.

Selain Wind Paradise Mongolian Yurt di Kundasang, Sabah, kami berjaya mencari empat lagi destinasi yang memiliki ciri yang serupa.

image is not available

Mongolian Yurt Rick Resort

  • Alamat: Taman Tow Yuan, Jalan Woo Saik Hong, Teluk Intan, Perak
  • Pakej harga: Bermula RM168 hingga RM358
  • Facebook: Mongolian Yurt Rick Resort - PCASL

image is not available

Mongolia Yurt

  • Alamat: JAP 40/10-2 Kampung Air Puteh, KG Sawah Pekan Nanas, Pontian Kechil, Johor
  • Pakej harga: Bermula RM60 (seorang)
  • Facebook: CSA Recreation Wellness Centre
  • Laman web: http://www.csaresort.com/

image is not available

Mongolian Yurt Happy Paradise

  • Alamat: Lot 5596, Kampung Cherenging, Janda Baik, Pahang
  • Pakej harga: Bermula RM250
  • Facebook: Happy Paradise

image is not available

The Backyard Glamping

  • Cameron HighlandsAlamat: Jalan Taman sedia, Tanah Rata, Tanah Rata, Pahang
  • Pakej harga: Bermula RM120 hingga RM250
  • Facebook: The Backyard Glamping Cameron Highlands

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan