Ucapkan selamat tinggal kepada kesipuan apabila Likes anda terdedah kepada semua di X/Twitter. Bermula hari ini X menyorokkan Likes pengguna daripada dilihat. Ciri ini pada asalnya hanya diberikan kepada pelanggan X Premium tetapi diberikan percuma atas sebab privasi.
This week we’re making Likes private for everyone to better protect your privacy.
– You will still be able to see posts you have liked (but others cannot).
– Like count and other metrics for your own posts will still show up under notifications.
– You will no longer see who…
Hanya pemilik akaun boleh melihat Likes peribadi selepas ini. Kemampuan melihat siapa yang melakukan Likes pada ciapan tertentu juga tidak lagi boleh dilihat dengan hanya pemilik ciapan sahaja boleh melihat siapan melakukan Likes pada kandungan mereka.
Walaupun X mengatakan ciri ini diberikan kepada semua atas sebab privasi, timbul spekulasi ia adalah bagi memastikan akaun tertentu tidak akan dimalukan apabila menyukai ciapan yang mempunyai kandungan kontroversi atau dewasa. Sudah muncul beberapa kes pemilik akaun perlu memohon maaf atau kehilangan kerja kerana Likes mereka terdedah kepada semua.



