Baru-baru ini tular di media sosial, memperlihatkan dua orang jurufoto berdiri di atas bumbung sebuah kenderaan yang dipercayai disewa semasa Pameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang bermula 20 Mei hingga 24 Mei 2025.
Pemilik kereta sewa beri teguran

Menerusi perkongsian di TikTok @kereta_sewa_lgk, pemilik kereta sewa jenis Toyota Vios itu menegur tindakan tidak bermoral jurufoto terbabit yang dilihat berkaki ayam berdiri di atas bumbung sambil mengambil gambar.
“Mohon tolong jaga kereta sewa ini elok-elok macam kereta sendiri ya.
“Jangan panjat atau berdiri atas kereta, sayang cat dan bumbung itu. Gunakan dengan cermat, kalau ada apa-apa masalah boleh terus hubungi kami,” kata pemilik kereta sewa itu pada Isnin.
Sementara itu, pemilik kenderan tersebut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sudi menyewa keretanya dan mendoakan agar perjalan selamat sampai ke destinasi yang dituju.
“Terima kasih sebab pilih kereta sewa kami, semoga perjalanan anda semua seronok dan selamat sampai ke destinasi,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet meninggalkan pelbagai reaksi balas melihat tindakan yang dianggap biadap itu dan mengecam teruk jurufoto berkenaan.
Malah ada juga wargamaya yang turut memberikan beberapa solusi lain jika ingin mengambil gambar di kedudukan yang sedikit lebih tinggi.
Lain kali sewa 4×4

Kamera beribu tapi sewa kereta

Teruk betul perangai

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 60,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka.
Sumber: TikTok Kereta Sewa Langkawi
The post LIMA’25: Pemilik Kereta Sewa Beri Teguran, Jurugambar Berdiri Atas Bumbung Kereta Demi Rakam Foto appeared first on Borak Daily.


![Tingkap Rumah Didakwa Pecah Kerana Letupan Bom Sewaktu Latihan LIMA 2025 Di Langkawi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)
