LIMA’27 kembali dengan misi besar! MINDEF tekad lonjak Malaysia hab strategik pertahanan Asia Pasifik

7 Jul 2026 • 4:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Di sebalik persaingan geopolitik yang semakin mencabar serta perubahan landskap peperangan moden, Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam industri pertahanan global apabila secara rasmi melancarkan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2027 (LIMA’27).

Bukan sekadar pameran aset ketenteraan, LIMA’27 dilihat sebagai platform strategik yang menghubungkan kerajaan, pemain industri, institusi penyelidikan dan rakan antarabangsa dalam memperkasa teknologi, diplomasi serta keupayaan pertahanan negara.

Majlis pelancaran rasmi LIMA’27 disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF), Datuk Lokman Hakim Ali selaku pengerusi bersama pameran berprestij itu.

Image from: LIMA’27 kembali dengan misi besar! MINDEF tekad lonjak Malaysia hab strategik pertahanan Asia Pasifik

Mengangkat tema “Sustainable Vision Across Sea, Sky and Space”, LIMA edisi ke-18 akan berlangsung di Langkawi, Kedah dari 20 hingga 24 April 2027 dengan sasaran menghimpunkan kira-kira 930 syarikat pempamer dari 36 negara, lebih 450 delegasi rasmi mewakili 65 negara serta sekitar 400,000 pengunjung perdagangan dan awam.

Selain itu, pameran berkenaan dijangka melibatkan 110 aset udara dan 90 aset maritim, termasuk penampilan empat pasukan aerobatik bertaraf dunia iaitu Black Eagles dari Republik Korea, Al Fursan dari Emiriah Arab Bersatu, Jupiter Aerobatic Team dari Indonesia serta Russian Knights dari Persekutuan Rusia.

Image from: LIMA’27 kembali dengan misi besar! MINDEF tekad lonjak Malaysia hab strategik pertahanan Asia Pasifik

Bagi Lokman Hakim, LIMA’27 membawa makna yang jauh lebih besar daripada sebuah pameran pertahanan kerana ia menjadi pemangkin kepada pembangunan industri pertahanan negara, selain memperkukuh hubungan strategik Malaysia dengan komuniti pertahanan antarabangsa.

Menurut beliau, sejak diperkenalkan pada 1991, LIMA telah berkembang menjadi antara pameran maritim dan aeroangkasa paling berprestij di Asia Tenggara.

Malah, penganjuran edisi 2027 membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap aspek pelaksanaan memenuhi piawaian antarabangsa, termasuk dari sudut keselamatan, tadbir urus, integriti, pengalaman peserta dan keberkesanan pengurusan acara.

“LIMA 2027 merupakan platform penting dalam kita memperkemas, memperkasa dan meningkatkan usaha diplomasi pertahanan serta literasi pertahanan negara,” katanya.

Image from: LIMA’27 kembali dengan misi besar! MINDEF tekad lonjak Malaysia hab strategik pertahanan Asia Pasifik

Beliau berkata, penyertaan ratusan syarikat serta puluhan negara bukan sahaja membuka peluang kerjasama strategik, malah mengukuhkan usaha diplomasi pertahanan Malaysia dalam membina jaringan antarabangsa yang lebih kukuh.

Pada masa sama, LIMA’27 turut menjadi medan memperkenalkan teknologi pertahanan generasi baharu seperti sistem autonomi maritim, kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, komunikasi satelit, teknologi angkasa dan sistem persenjataan berteknologi tinggi yang bakal membentuk corak peperangan masa hadapan.

Image from: LIMA’27 kembali dengan misi besar! MINDEF tekad lonjak Malaysia hab strategik pertahanan Asia Pasifik

Dalam perkembangan berkaitan, Malek Razak memaklumkan proses mendapatkan sistem peluru berpandu baharu bagi menggantikan Naval Strike Missile (NSM) untuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun.

“Paling awal (perolehan) mungkin mengambil masa antara dua hingga tiga tahun. Ini kerana kita perlu memulakan semula proses, menilai pelbagai perkara termasuk aspek belanjawan,” katanya.

Image from: LIMA’27 kembali dengan misi besar! MINDEF tekad lonjak Malaysia hab strategik pertahanan Asia Pasifik

Beliau berkata, empat negara iaitu Perancis, Itali, Turkiye dan Korea Selatan kini dikenal pasti sebagai calon berpotensi membekalkan sistem baharu, namun keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas proses tender dilaksanakan.

Menurutnya, walaupun berlaku kelewatan, kesiapsiagaan TLDM tidak akan terjejas kerana LCS masih mempunyai pelbagai keupayaan lain sebelum sistem peluru berpandu baharu dipasang sepenuhnya.

Image from: LIMA’27 kembali dengan misi besar! MINDEF tekad lonjak Malaysia hab strategik pertahanan Asia Pasifik

Pelancaran LIMA’27 sekali lagi memperlihatkan kesungguhan MINDEF dalam membina ekosistem pertahanan yang lebih mampan melalui kerjasama strategik, pemindahan teknologi serta pembangunan industri tempatan, sekali gus mengukuhkan aspirasi Malaysia sebagai hab strategik industri pertahanan di rantau Asia Pasifik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved