Lima cedera kemalangan bas, treler

15 Jul 2023 • 11:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kemalangan melibatkan sebuah bas dan treler di Jalan Sidek, Kampung Jawa, Chaah dekat sini pada Sabtu.

image is not available
Mangsa yang cedera dihantar dengan menaiki EMRS dan ambulans ke Hospital Daerah Segamat.

SEGAMAT - Lima cedera termasuk seorang kanak-kanak dan dua warga emas dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan treler di Jalan Sidek, Kampung Jawa, Chaah dekat sini pada Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hafifie Md Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.13 pagi.

Susulan itu katanya, seramai 14 anggota dari BBP Labis dan BBP Yong Peng dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kenderaan Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah treler jenis Tata dan sebuah bas transit jenis Hino. Tiada mangsa yang tersepit dan pihak bomba bertindak menyelamatkan mangsa dan memberikan rawatan awal.

**media[2267052]**

"Pemandu treler berkenaan iaitu lelaki warga emas berusia 62 tahun cedera. Turut cedera empat penumpang bas tersebut melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun, dua wanita dewasa berumur 23 dan 45 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera dihantar dengan menaiki EMRS dan ambulans ke Hospital Daerah Segamat.

Tambah Mohd Hafifie, operasi menyelamat mangsa tamat pada jam 9.03 pagi.