Lima Dilapor Maut, 94 Lagi Cedera Dalam Taufan Shanshan Di Jepun

WorldEnvironment
30 Aug 2024 • 2:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seramai lima orang maut, sekurang-kurangnya 94 lagi dilaporkan cedera selepas Taufan Shanshan melanda Jepun sejak semalam.

Menurut laporan MetroUK, berjuta-juta orang telah diarah untuk meninggalkan kediaman mereka berikutan hujan lebat dan tiupan angin kuat sehingga 112mph (180kmph).

image is not available

Foto: MetroUK

Taufan tersebut dilapor bermula di Kyushu, pulau paling selatan di Jepun, mendatangkan malapetaka yang menyababkan tanah runtuh dan banyak bumbung runtuh.

Malah, lebih 700 penerbangan terpaksa dibatalkan, kereta api dan lebuh raya ditutup selain syarikat automobil seperti Nissan, Honda dan Toyota telah menghentikan operasi pengeluaran mereka.

Perkhidmatan pos dan penghantaran lain telah dihentikan termasuk pasar raya dan kedai serbaneka ditutup di seluruh Jepun.

image is not available

Foto: MetroUK

Beberapa kawasan di negara itu juga diramalkan akan mengalami hujan lebih daripada 700mm selepas Shanshan mula bergerak perlahan.

Setakat ini, bandar Tokyo tidak terjejas tetapi hujan lebat diramalkan berlaku pada akhir minggu ini dan perniagaan masih diteruskan seperti biasa.

Taufan Shanshan dilaporkan mendarat di Kyushu sekitar jam 8 pagi waktu tempatan kemudian bergerak ke arah timur, selepas mula terbentuk di luar pantai pada awal minggu ini.

image is not available

Foto: MetroUK

Sebelum mendarat, hembusan angin Shanshan mencecah sehingga 157mph (252kmph), tetapi berkurang kepada 123mph apabila tiba di bandar Kagoshima.

Angin lebat, hujan dan kemusnahan kini dilaporkan di bandar-bandar di seluruh Kyushu, iaitu dari selatan, Miyazaki ke utara pulau di Fukuoka dan Usa.

Taufan itu kemudian bergerak ke utara kira-kira dengan kelajuan tinggi 9mph, menuju ke pulau utama Honshu.

Sumber: MetroUK