Lima gerai di medan selera Sri Kendong terbakar

30 Jan 2023 • 10:43 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Lima daripada keseluruhan 15 gerai di Medan Selera Sri Kendong, Kota dekat sini yang dipercayai beroperasi lebih 10 tahun musnah dalam kebakaran pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata 16 anggota dari Balai Bomba Kota dan Tampin digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 5.14 pagi.

“Dua unit gerai terbakar sepenuhnya manakala tiga lagi terbakar 80 peratus. Api merebak terlalu cepat disebabkan angin yang kuat ketika itu, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 7.27 pagi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved