Lima individu terkait GISBH ditahan di Bukit Kayu Hitam

LocalPolitics
19 Sep 2024 • 4:22 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) ditahan di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand pada jam 6 petang semalam.

Turut dirampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran X31337 dan X37313 di bandar sempadan Malaysia-Thailand itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.

“Hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut telah bergerak ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

“Tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan telah berjaya menahan kenderaan itu serta sebuah kereta Myvi bersama lima lelaki berusia 28 hingga 41 tahun terbabit,” katanya.

Tambahnya, soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan dan tangkapan serta rampasan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, seorang daripada lima individu yang ditahan itu merupakan anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved