Lima Jasad Mangsa Tragedi Bot Karam Sungai Sarawak Ditemui

20 Oct 2024 • 11:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kesemua jasad mangsa bot karam ketika latihan Regata Sarawak ditemui

Lima Jasad Mangsa Tragedi Bot Karam Sungai Sarawak Ditemui. Dilaporkan, kesemua lima jasad mangsa yang dilaporkan hilang dalam tragedi perahu regata karam di Sungai Sarawak telah ditemui pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, tiga daripada mangsa dijumpai oleh bot bomba berhampiran Baraj Sungai Sarawak.

image is not available
Lima Jasad Mangsa Tragedi Bot Karam Sungai Sarawak Ditemui. Sumber gambar: FB APM Kuching

Mangsa ditemui pada waktu berbeza

Dua mangsa ditemui pada jam 6.16 pagi, manakala seorang lagi ditemui pada jam 6.40 pagi.

Seorang lagi mangsa pula ditemui pada jam 7.07 pagi oleh Sarawak Coastguard, dan mangsa terakhir dijumpai pada jam 7.09 pagi dengan bantuan dron, jelasnya lagi.

Dikatakan dalam kenyataan juga, lima mangsa telah ditemui dan kini menunggu pengesahan daripada pihak polis dan KKM (Kementerian Kesihatan).

image is not available
Sumber gambar: FB APM Kuching

Mangsa yang hilang dikenali sebagai

Dalam kejadian pada Jumaat, mangsa yang hilang dikenali sebagai Mohammad Ikhmal Sama’ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, berusia antara 23 hingga 34 tahun.

Seramai 11 individu lagi dilaporkan selamat dalam kejadian perahu karam yang berlaku semasa latihan Regata Sarawak sekitar jam 3.47 petang pada hari kejadian.

Insiden ini dipercayai berlaku akibat pertembungan dengan arus deras yang dihasilkan oleh sebuah bot nelayan dari arah bertentangan, menyebabkan ombak besar dan kemasukan air ke dalam bot sehingga ia karam.

Lagi artikel berkaitan di sini: