Lima kenderaan dihempap pokok di Genting Highlands

LocalEnvironment
17 Sep 2024 • 7:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan gergaji berantai. Foto Bomba Pahang.

image is not available
Lima kenderaan mengalami kerosakan selepas pokok tumbang dalam satu kejadian hujan lebat di belakang sebuah hotel di Genting Highlands. Foto Bomba Pahang.

KUANTAN - Lima kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir di tempat kereta di belakang sebuah hotel di Genting Highlands rosak akibat dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat pada petang, Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Genting Highlands bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.23 petang.

“Pokok tumbang menghempap tiga kenderaan dan dua van yang diparkir di belakang bangunan.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Zulfadli berkata, pasukan bomba memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan gergaji berantai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved