Lima Lelaki Termasuk Dua Pelajar Ditahan Kes Rogol Remaja 15 Tahun

11 Aug 2023 • 9:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang remaja berusia 15 tahun dirogol beramai-ramai di sebuah kediaman, Banting

Lima Lelaki Termasuk Dua Pelajar Ditahan Kes Rogol Remaja 15 Tahun. Pada 29 Julai lalu, lima lelaki termasuk dua pelajar sekolah dicekup di Telok Panglima Garang, Banting kerana disyaki merogol beramai-ramai membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Memetik sumber, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor menyatakan bahawa pada 1 Ogos lalu, kesemua suspek berusia 15 hingga 23 tahun ditahan di kawasan Klang dan Telok Panglima Garang antara jam 6.30 petang hingga 9.50 malam.

image is not available
Gambar hiasan. Cari

Rogol berkumpulan, sekitar jam 2 pagi

Beliau turut berkata, polis menerima laporan daripada seorang mangsa yang mendakwa dirogol lima lelaki di sebuah kediaman di Telok Panglima Garang sekitar jam 2 pagi.

“Difahamkan, sebelum kejadian, sepupu mangsa meminta bantuan rakannya untuk menghantar mangsa pulang ke rumah di Klang dari Telok Panglima Garang.

Dirogol secara bergilir-gilir

“Bagaimanapun, mangsa dibawa ke tempat lain iaitu rumah seorang daripada suspek dan remaja itu dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan lima lelaki termasuk dua remaja berusia 15 dan 17 tahun yang masih bersekolah di sekitar kawasan Klang dan Telok Panglima Garang, Banting.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: google

“Hasil semakan, kesemua suspek didapati tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga negatif dadah,” katanya menerusi laporan.

Baca juga artikel yang berkaitan: