Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

16 Jan 2026 • 5:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah termasuk seluruh kawasan WP Labuan diramal hujan.

“Di Negeri Sembilan daerah yang diramal hujan adalah Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Manakala di Melaka pula hanya melibatkan daerah Alor Gajah.

“Sementara itu, empat daerah di Johor turut dijangka hujan seperti Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

“Bagi Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid dan Kinabatangan),” maklum kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0u6LsZe4wio2moR6L6wdAiw5vG1ZuhLpizVagwYVGFqnpqspG9grVJgfGDGSVZ7eul

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Airlangga Dakwa Singapura Antara Negara Jiran Tak Senang Duduk Lihat Ekonomi Indonesia Maju

BACA: Dua Negara Ini Latih Burung Gagak Kutip Sampah & Puntung Rokok

The post Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.