Lima pegawai kadet UPNM dibatalkan lantikan, diberhentikan

LocalPolitics
27 Nov 2024 • 10:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamed Khaled. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Lima pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam tiga kes penganiayaan dibatalkan lantikan dan diberhentikan daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang pada Isnin turut memutuskan kelima-lima individu terbabit dikenakan bayaran ganti rugi kepada Kerajaan Malaysia.

Jumlah ganti rugi dikira daripada keseluruhan perbelanjaan telah dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian.

Lima pegawai kadet terbabit adalah Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, Izzat Izuddin Mohammad Arif, Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan, Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi dan Ammar Hafiy Muhammad Habib.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved