Lima Pelajar Malaysia Terlibat Kemalangan Di New Zealand, Dua Dilapor Maut

30 Mar 2024 • 2:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lima Pelajar Malaysia Terlibat Kemalangan Di New Zealand, Dua Dilapor Maut

Wisma Putra melalui satu kenyataan memaklumkan lima pelajar Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan Lake Tekapo di New Zealand.

Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Mac, kira-kira 1.45 petang (waktu tempatan), dua daripada mangsa dilapor meninggal dunia.

Manakala tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dan diterbangkan ke Hospital Christchurch di South Island untuk menerima rawatan segera.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berkata, dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan keluarga mangsa.

Ia bagi memastikan urusan kebajikan semua mangsa berjalan dengan lancar.

“Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia menghulurkan bantuan sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.

“Kementerian Luar Negeri juga ingin merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini,” kata kenyataan itu lagi.

Manakala, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh terus menghubungin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menerusi talian kecemasan +64-4-3852439/+64-210440188.

Bantuan juga boleh diperolehi menerusi email di mwwellington@kln.gov.my.

Sumber: Wisma Putra