Lima Pelajar Sekolah Berasrama Di Ipoh Ditahan, Pukul ‘Junior’ Hingga Cedera

30 Jul 2024 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Polis menahan lima orang pelajar sekolah berasrama di Ipoh, Perak disyaki terlibat dalam kes memukul pelajar ‘junior’ mereka.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa sendiri iaitu pelajar tingkatan satu di sekolah yang sama.

image is not available

Laporan dibuat pada 24 Julai lalu dan mangsa mendakwa telah dipukul sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan.

Kejadian yang dipercayai berlaku berpunca akibat salah faham itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Azizi turut berkata, polis telah merakamkan percakapan pelajar berusia 16 dan 17 tahun sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam.

image is not available

Siasatan lanjut kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

"Tekap Seterika Di Kemaluan, Tu Saya Tak Boleh Terima" - Ibu Zulfarhan Anggap Pembuli Memang Patut Dihukum Mati