Lima pemuda ditahan, berlumba lepas makan 'roti john'

16 Jun 2022 • 2:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Lima pemuda yang menunggang motosikal ditahan polis kerana terlibat lumba haram di sekitar Lembah Klang ketika dalam perjalanan pulang selepas berseronok makan 'roti john' di sebuah restoran di Senawang, pada pagi Khamis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, sekitar jam 12.45 malam, lima pemuda berusia lingkungan 21 hingga 25 tahun itu dikesan menunggang secara berbahaya dan bersaing di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

"Pasukan tangkapan melihat dengan jelas dan mengekori kumpulan motosikal tersebut yang menunggang sambil melakukan aksi 'superman', bersaing sesama sendiri dan melakukan 'zig-zag'.

image is not available

"Pada jam lebih kurang 1.20 pagi kesemua lima suspek lelaki telah memberhentikan motosikal masing-masing di beberapa lokasi sekitar Bandar Tun Razak, Cheras dan Hulu Langat sebelum ditahan. mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) manakala motosikal mereka disita serta dibawa ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Nilai untuk tindakan lanjut,"," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Tambah Mohd Nadzri, selain mengeluarkan sebanyak 10 saman terhadap suspek berkenaan, polis menyita dua buah motosikal jenis Honda RS150 dan sebuah motosikal jenis Yamaha Lc135, Y15 serta 125Z.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved