Lima premis makanan kotor di Klang diarah tutup

LocalFood
28 Nov 2024 • 8:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lima premis diarahkan tutup selama 14 hari ini juga didapati gagal memastikan premis bebas daripada infestasi lipas, lalat dan tikus.

KLANG - Lima premis makanan membabitkan kedai makan dan restoran di sekitar Taman Klang Utama dan Taman Aman Perdana di sini diarahkan tutup selama 14 hari.

Ini berikutan premis berkenaan tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan hasil pemantauan kebersihan Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

MBDK berkata, lima premis itu diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Peruntukan 62 (1)(b) UUK Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007 kerana didapati premis terbabit tidak sanitasi.

"Pengusaha premis didapati tidak menjaga kebersihan di tempat penyediaan dan penyimpanan makanan selain gagal memastikan premis bebas daripada infestasi lipas, lalat dan tikus.

"Premis diarah tutup bermula 27 November sehingga 10 Disember ini," kata pihak berkuasa tempatan itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved