Lima Remaja Didakwa Kes Buli Zara Qairina, Mahkamah Keluarkan Larangan Bersuara

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 2:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia zara Qairina

Kes buli yang meragut nyawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir akhirnya memasuki fasa pendakwaan apabila lima remaja telah didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu hari ini.

Terbaru, mStar melaporkan, mahkamah telah memerintahkan larangan bersuara (gag order) agar tiada sebarang pendedahan lanjut mengenai prosiding dapat dikongsi kepada umum.

Peguam jelaskan mengenai larangan

image is not available
Foto: NSTP/Mohd Adam Arinin (Berita Harian)

Situasi ini menyebabkan keluarga Allahyarham hanya mampu bergantung kepada kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan pihak berkuasa.

Pasukan peguam keluarga juga meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) tampil memberikan penjelasan berhubung prosiding tersebut.

Peguam Hamid Ismail, perintah larangan ini dibuat kerana undang-undang sendiri yang menghalang sebarang pendedahan mengenai kes melibatkan kanak-kanak.

Banyak perkara tidak boleh didedahkan mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak, apa sahaja tidak boleh didedahkan termasuk sepanjang siasatan atau prosiding di mahkamah. Ia bukan sebab VIP atau ada perkara yang disembunyikan, ia disebabkan undang-undang yang melarang. Jadi kita berharap AGC dapat memberikan kenyataan.

Hamid turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran prosiding pendakwaan di mahkamah hari ini.

Pssttt! Diharapkan dengan inkues dan prosiding yang bakal dijalankan, keadilan untuk Allahyarham Zara dapat ditegakkan, sekali gus memberi pengajaran besar kepada masyarakat.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.