Lima Remaja Perempuan Terlibat, Kes Suka Sama Suka Bawah Umur Dirujuk Pada JAHEAIK

LocalPolitics
18 Dec 2025 • 2:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Remaja perempuan di bawah umur yang terlibat dalam kes seksual suka sama suka kini akan diambil tindakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEAIK).

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, langkah ini diambil sejak Oktober lalu selepas titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, supaya PDRM bekerjasama dengan JAHEAIK dalam menangani kes berkenaan.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Sejak pelaksanaan inisiatif ini, lima remaja perempuan bawah umur telah dirujuk kepada JAHEAIK. Bagi lelaki yang terlibat, kes mereka tetap dibawa ke mahkamah,” katanya.

Artikel lain: Wanita Didakwa ‘Madukan’ Suami Disahkan Bercerai Tiga Tahun Lalu

Beliau menambah, wanita dewasa yang terbabit dalam hubungan seksual suak sama suka turut dirujuk ke JAHEAIK untuk tindakan lanjut. Menurut Datuk Mohd Yusuff, pendekatan ini diharap dapat mengurangkan kes penjenayang seksual di negeri ini.

image is not available

Foto: Gambar Hiasan

“Tren kes rogol dilihat menurun, tetapi ada kes di mana pihak hospital terpaksa membuat laporan kerana mangsa yang masih remaja sudah hamil. Ini menunjukkan peranan JAHEAIK sangat penting dalam menangani isi ni,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Nur Fazlina Abdul Rahim)

The post Lima Remaja Perempuan Terlibat, Kes Suka Sama Suka Bawah Umur Dirujuk Pada JAHEAIK appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved