Lima rentung dalam kebakaran setinggan di Likas

LocalEnvironment
30 Sep 2024 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kebakaran rumah melibatkan kawasan setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas pada Isnin.

image is not available
Lima mangsa ditemui rentung dalam kebakaran di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kesemua mangsa berusia antara tiga hingga 14 tahun, bagaimanapun identiti mereka masih belum diketahui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, seramai 13 anggotanya dengan dibantu 14 anggota BBP Kota Kinabalu dan enam anggota BBP Putatan dikejar ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan tiga rumah jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus termasuk satu stor dan kedai runcit serta dua lagi kenderaan.

"Terdapat lima mangsa dilaporkan rentung dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, operasi memadamkan kebakaran dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

"Operasi terkawal pada jam 1.29 tengah hari dan pasukan bomba masih lagi memadam bara api ketika ini.

"Pasukan bomba juga sedang mendapatkan maklumat terperinci berkaitan mangsa yang terlibat dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.