Lima Restoran Terkenal Bukan Pemegang Sijil Halal – JAKIM

LocalFood
3 Sep 2024 • 2:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Semakan status halal dijalankan terhadap premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati kelima-lima restoran tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Malaysia (SPHM).

image is not available

Foto: KLFoodie

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan berkata, semakan dibuat berdasarkan sistem MYeHalal Jakim setelah menjawab persoalan berkenaan status halal premis makanan tersebut.

image is not available

Foto: Laman web Johnny’s

“Untuk makluman, pertanyaan itu telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.

“Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah,” katanya hari ini.

image is not available

JAKIM telah memberikan makluman semula kepada individu yang mengajukan pertanyaan melalui e-mel pada 2 September lalu, jam 11.36 malam, iaitu pada hari sama.

Kenyataan JAKIM tersebut menyatakan pengguna boleh melakukan semakan berkenaan sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php.

Manakala orang ramai boleh mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu halal yang tular melalui https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama.

Sumber: Facebook JAKIM