Lima rumah musnah terbakar, tiga lagi rosak

27 Jul 2025 • 12:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Lapan rumah terjejas dalam kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar penempatan setinggan atas air di Kampung Cempaka Batu 4, Jalan Apas di sini kira-kira jam 9.15 malam, Jumaat lalu.

Seorang mangsa wanita berusia 50 tahun turut dilaporkan cedera apabila melecur di bahagian tangan. Dia diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, lima daripada lapan rumah terbabit musnah, manakala tiga lagi mengalami kerosakan sekitar 10 peratus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.24 malam menerusi talian MERS999.

Pasukan operasi diketuai Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Maslan Sarman dan turut dibantu sembilan anggota dari Pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan.

Mereka tiba di lokasi pada jam 9.30 malam dan berdepan cabaran memadam kebakaran di kawasan padat penempatan atas air yang tidak dilengkapi fasiliti pili bomba.

Sebagai langkah alternatif, anggota bomba menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan yang disalurkan dari sumber terbuka iaitu air laut.

Kebakaran dikawal sepenuhnya pada jam 10.20 malam dan operasi ditamatkan kira-kira sejam kemudian selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Beberapa agensi lain turut terlibat dalam operasi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SE) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).