Lima sekeluarga ditemukan maut di sebuah rumah dipercayai dibunuh

LocalPolitics
17 Feb 2026 • 10:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUANTAN, 17 FEB: Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 pagi tadi.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan setakat 10.10 pagi, mayat kesemua mangsa belum dibawa keluar dari rumah terbabit.

Orang ramai termasuk ahli keluarga juga dilihat berkumpul di lokasi kejadian dengan pihak polis memasang garisan dilarang melintas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman yang turut berada di lokasi dijangka mengadakan sidang media untuk berkongsi maklumat lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved