Lima tahun menunggu, Kieda Crepe umum hamil anak ketiga-” Selepas ujian rumah dipecah..”

8 Jul 2024 • 12:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe umum hamil anak ketiga selepas lima tahun menunggu kehadiran orang baharu sebagai penambah seri rumah tangga.

Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra berkongsi berita gembira itu di media sosial, semalam.

image is not available

Kieda Crepe umum hamil anak ketiga

Menerusi sebuah video dimuat naik, Kieda memberitahu dia sudah melakukan ujian kehamilan dan ternyata hasilnya positif.

Dalam video itu, Kieda yang juga pempengaruh media sosial turut membuat kejutan terhadap suaminya.

“Kieda positif mengandung. Mengandung tetap mengandung. Perjuangan tour dan kedai tetap diteruskan. Lima tahun tunggu,”katanya.

image is not available

image is not available

image is not available

Selepas ujian rumah dipecah masuk

Usahawan berusia 27 tahun itu menganggap rezeki zuriat yang dikurniakan kepada dia dan suami adalah sinar selepas rumah mereka dipecah masuk perompak pada 25 April lalu.

Sebelum ini, Kieda mendakwa mengalami kerugiaan kira-kira RM800,000 selepas peti besi mengandungi barangan kemas miliknya dilarikan perompak.

image is not available

Alhamdulillah, tahniah!

Perkongsian berita gembira itu menerima pelbagai reaksi dan netizen tidak henti mengucapkan tahniah buat Kieda dan suami.

Mereka juga berharap urusan Kieda dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin.

Malah, mereka juga menasihati Kieda agar perbanyakkan berehat dan mengurangkan aktiviti ‘tour’ jualannya.

image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @kiedacrepepenang