Lima Tahun Pemergian, BCL Akui Sakit Kehilangan Ashraf Sinclair Masih Terasa

LocalEntertainment
20 Feb 2025 • 3:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Walaupun sudah lima tahun pemergian pelakon Ashraf Sinclair, penyanyi BCL akui sakit dengan kehilangannya dan tidak pernah terlepas menziarahi kubur Allahyarham bersama keluarganya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, BCL atau nama sebenarnya, Bunga Citra Lestari telah memuat naik video memaparkan dirinya bersama keluarganya termasuk suami baharu, Tiko Aryawardhana.

BCL akui sakit kehilangan Ashraf Sinclair masih terasa

image is not available

“Lima tahun dah berlalu, tapi rasa sakit kehilangan kamu masih ada. Kehidupan tetap diteruskan tapi kami bawa kamu di setiap saat dan doa.

“Banyak dah berubah, tapi cinta kami kepada kamu tak akan pernah berubah. Rindu kami tak terkata, cinta kami tidak terukur dan kami akan sentiasa mengingati awak,” tulisnya.

Pada video itu juga, kelihatan Tiko sendiri telah menabur kelopak bunga, menyiram air serta meletakkan beberapa batang bunga di atas kubur Allahyarham.

Anak sudah besar, BCL akui sakit hilang Ashraf masih ada

image is not available

Malah, suami baru BCL itu juga dilihat turut menyertai BCL serta keluarganya untuk membacakan yasin kepada Allahyarham Ashraf.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza, BCL telah berkongsi beberapa foto memaparkan mereka sedang berada di kubur Allahyarham.

Pada hantaran berkenaan, BCL berkongsi anaknya bersama Allahyarham Ashraf iaitu Noah Aidan Sinclair kini sudah remaja dan sudah boleh memakai pakaian lama arwah bapanya.

Tak pernah lupa ziarah kubur, BCL akui sakit hilang Ashraf masih terasa

image is not available

“Lima tahun bukan waktu yang pendek. Anak kita sekarang dan jadi abang, dah tinggi. Dia sudah boleh pakai baju kamu.

“Jangan risaukan kami. Di sini banyak yang sayang dan jaga kami. Saya doakan awak sentiasa tenang di sana,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang turut mendoakan Allayarham termasuk Tiko sendiri yang meninggalkan komen emoji berbentuk hati dan emoji tangan sedang berdoa.

image is not available

Al-Fatihah

image is not available

image is not available

image is not available

Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji Tiko kerana menerima dan menghormati keputusan BCL untuk sentiasa mengingati Allahyarham Ashraf.

Hormat dengan suaminya

image is not available

Tiko, anda luar biasa

image is not available

Baiknya suami…

image is not available

Ashraf menghembuska nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Pada 2 Disember 2023, BCL bertemu jodoh dengan Tiko dan pasangan tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

Selain keluarga dan sahabat handai, keluarga Ashraf turut hadir ke majlis berkenaan dan merestui perkahwinan mereka.

Sumber: Instagram itsmebcl