Lima Tahun ‘Peram’, Doktor Berjaya Keluarkan Ketumbuhan Seberat 45Kg Dalam Rahim Wanita

WorldHealth & Fitness
4 Sep 2022 • 10:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lima Tahun ‘Peram’, Doktor Berjaya Keluarkan Ketumbuhan Seberat 45Kg Dalam Rahim Wanita

Ketumbuhan seberat 45 kilogram dilaporkan telah berjaya dikeluarkan dari rahim seorang wanita di Brazil baru-baru ini.

Memetik laporan Daily Mail, wanita berusia 45 tahun itu dipercayai telah menghidap ketumbuhan selama lima tahun. Tidak dapat dipastikan mengapa dia tidak mengeluarkannya sebelum ini.

Doktor yang merawatnya, Dr Glaucio Boechat berkata pihaknya mengambil masa selama dua jam untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut.

image is not available
Gambar: Daily Mail

“Ia adalah ketumbuhan terbesar yang pernah saya bedah dan pastinya terbesar yang pernah dibedah oleh sesiapa sahaja,” katanya.

Sebelum itu, pesakit tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sao Jose do Avai pada Rabu lalu selepas dia mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas.

Sekurang-kurangnya 14 doktor telah terlibat dalam pembedahan tersebut dan semua kos serta kemudahan perubatan telah ditanggung oleh kerajaan Brazil.

image is not available
Gambar: Daily Mail

Walaupun doktor percaya bahawa ketumbuhan itu mungkin telah merebak tetapi ia mengambil masa tiga minggu untuk mereka mengetahui keputusan biopsi.

Wanita itu kini dikatakan berada dalam keadaan stabil serta sudah boleh makan dan bercakap.

Dalam pada itu, foto-foto yang memaparkan ketumbuhan tersebut telah tular di media sosial selepas dimuat naik oleh Dr Glaucio.

Sumber: Daily Mail