Lima termasuk suami isteri dituduh culik pengarah

25 Mar 2024 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KAJANG - Lima individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menculik seorang pengarah syarikat logistik dan pembinaan untuk mendapatkan wang tebusan, bulan lalu.

Mereka ialah Wong Chin Sean, 32; dan isterinya, Goh Chia Ying, 33; serta tiga yang lain iaitu Ang Zi Teng, 24; Wong Chun Weng, 25 dan Ong Gim Yau, 28.

Kesemua tertuduh yang bekerja sendiri mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menawan, mengambil kawalan atau jagaan orang lain dengan niat memperoleh wang tebusan sebagai syarat pembebasan seorang lelaki berusia 37 tahun, di sebuah premis di Dataran Jade, di sini pada 12.30 tengah malam, 17 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 30 sehingga 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim manakala semua tertuduh diwakili peguam, K Mahendren, Eryanie Abdul Rahim dan P Prakasam.

Mahkamah tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan menetapkan 17 Mei depan bagi sebutan kes seterusnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved