Lima Termasuk Tiga Beranak Mengaku Bersalah Pukul Lelaki OKU, Seorang Mengaku Tidak Bersalah

LocalPolitics
26 Feb 2025 • 12:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lima daripada enam lelaki mengaku bersalah memukul seorang lelaki kurang upaya (OKU) di Pasar Pagi Chukai, bukan lepas.

Keenam-enam tertuduh hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

image is not available

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata lima daripada tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan bagaimanapun seorang lagi lelaki mohon untuk dibicarakan.

Tambahnya, kesemua tertuduh yang mengaku bersalah itu dikenakan hukuman denda sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Polis menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kenyataan dan spekulasi yang tidak benar.

Katanya lagi, pihak polis akan sentiasa memastikan siasatan secara telus dan adil serta turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin menyalurkan maklumat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available

4 weeks ago

Lelaki OKU Mental Dipukul Orang Awam Dah Keluar Hospital, Menanti Hari Tunai Umrah Bersama Keluarga