Lima wanita ditahan serang ‘perampas suami’

3 Jan 2025 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Lima wanita, termasuk dua beranak, ditahan polis kerana disyaki menyerang dan memukul seorang wanita berstatus janda, dipercayai teman wanita kepada suami salah seorang suspek, di tempat letak kereta sebuah hotel di sini, Isnin lepas. Kesemua mereka ditahan selepas mangsa, 36, yang merupakan ibu tunggal anak satu, membuat laporan polis pada jam 4.41 petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku sekitar jam 11 pagi ketika dia hendak memasuki kenderaannya, namun mendapati empat tayar Proton X50 tersebut pancit.

AdvertisementMenurutnya, tidak lama kemudian, mangsa didatangi lima wanita tidak dikenali yang bertindak menyerang dan memukulnya sehingga mengalami beberapa kecederaan serta pendarahan di muka, belakang dan sebelah kiri kepala.

Jasmin berkata, pergaduhan tersebut dileraikan oleh abang mangsa yang datang ke lokasi kejadian.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurutnya, mangsa tersebut turut mendakwa barang kemas miliknya berupa seutas gelang tangan emas dan sepasang anting-anting dianggarkan bernilai RM4,000 turut hilang, dipercayai diambil oleh salah seorang suspek.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali seorang lelaki yang tinggal sekampung, sebelum menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih lebih kurang sebulan lalu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Mangsa dituduh sebagai perampas suami orang, manakala mangsa mendakwa hanya mengetahui teman lelakinya itu masih bujang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membenarkan permohonan perintah tahanan reman ke atas semua suspek selama satu hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Permohonan perintah reman itu dikemukakan pegawai penyiasat kes, Inspektor Robiatul Adawiyah Japri.