Limau mandarin dan kurma dikecualikan SST mulai 1 Julai

LocalBusiness & Finance
27 Jun 2025 • 3:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Limau mandarin dan kurma sebahagian daripada buah-buahan import terpilih yang dikecualikan daripada SST. Foto 123RF

SHAH ALAM – Selepas buah epal dan oren, kerajaan turut bersetuju mengecualikan limau mandarin dan kurma sebagai sebahagian daripada buah-buahan import terpilih yang dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, perkembangan tersebut merupakan salah satu daripada tiga pindaan utama kepada SST yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan sesi libat urus antara Kementerian Kewangan dengan beberapa ahli Parlimen penyokong kerajaan pada Khamis.

“Bagi mengurangkan bilangan perniagaan kecil yang terkesan akibat peluasan skop Cukai Perkhidmatan, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan juga telah memutuskan untuk menaikkan had nilai ambang pendaftaran bagi perkhidmatan pajakan atau sewaan serta perkhidmatan kewangan, daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

“Turut diputuskan ialah peluasan skop Cukai Perkhidmatan tidak akan diteruskan terhadap perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku (manikur dan pedikur), rawatan wajah (fasyal), serta khidmat gunting rambut dan pendandan rambut,” katanya.

AKAN MENYUSUL