
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berita baik buat peminat muzik rock di Malaysia, band Nu-metal terkenal, Limp Bizkit bakal menjadikan Kuala Lumpur satu-satunya hentian di Asia untuk jelajah mereka pada 2026.
Konsert anjuran Hitman Solutions itu akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember 2026.
Menurut Hitman Solutions, tiket akan mula dijual pada 30 Jun.
Harga tiket bagi konsert ini adalah:
- RM398 – CAT4
- RM498 – CAT 3 atau Rockzone
- RM598 – CAT 2
- RM698 – CAT 1
- RM786 – Kemasukan awal Rockzone
Untuk maklumat lanjut layari laman Hitman Live.
View this post on Instagram




