Limpahan kemakmuran, masyarakat Tionghoa rai tahun ular kayu

LocalEntertainment
28 Jan 2025 • 11:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 28 JAN: Mengikut kalendar lunar Tahun Baharu Cina yang disambut pada 29 Januari merupakan tahun ular kayu.

Masyarakat Tionghoa membuat pelbagai persiapan sejak awal tahun bagi meraikan perayaan tersebut seperti menghiasi rumah, membuat kuih-muih selain membeli pakaian baharu.

Kerajaan Selangor turut menyusun program perayaan termasuk Tahun Baharu Cina dengan pelbagai aktiviti dan elemen seni kebudayaan sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Sambutan peringkat negeri pula akan diadakan di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen, Kuala Langat pada 8 Februari.

Jurufoto AHMAD ZAKKI JILAN, REMY ARIFIN, FIKRI YUSOF, NUR ADIBAH AHMAD IZAM dan HARUN TAJUDIN merakam sebahagian aktiviti masyarakat Tionghoa membeli-belah dan membuat persiapan menyambut hari kebesaran berkenaan. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

image is not available
Pasukan Sekolah Tinggi Kwang Hua (persendirian) mempersembah tarian naga di tokong Ban Siew Keng dekat Rawang, Gombak pada 18 Januari

 

image is not availableTan Chang Hao, 34, (kanan) menampal kaligrafi perayaan di hadapan rumahnya di Kampung Baru Jenjarom, Kuala Langat pada 5 Januari

 

image is not availablePekerja membersihkan tokong Tian Hock Kung, Klang pada 7 Januari sebagai persiapan menyambut perayaan pada 29 Januari

 

image is not availablePekerja pusat membeli-belah Ros Emylia, 22, menyusun barangan hiasan perayaan di Central i-City, Shah Alam pada 8 Januari

 

image is not availableOrang ramai memilih kuih di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada 4 Januari. Kuih kapit dan bangkit antara pilihan kaum Cina untuk perayaan

 

image is not availablePeniaga melayan pelanggan memilih baju berwarna merah lambang tuah di Bazar Rakyat Seri Kembangan, Subang Jaya pada 7 Januari

 

image is not availablePengawal keselamatan, S Naga, 47, membetulkan tanglung di Bazar Rakyat Seri Kembangan, Subang Jaya pada 7 Januari

 

image is not availableDua patung ular menghiasi tokong Thean Hou, Kuala Lumpur pada 9 Januari sebagai persiapan sambutan Tahun Baharu Cina

 

image is not availablePengunjung memilih pokok buluh bertuah sinonim sempena perayaan Cina di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada 4 Januari

 

image is not availableEXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bersama tetamu menggaul yee sang dalam majlis Selangor Festive Tourism: A Chinese New Year Experience di Courtyard by Marriot Setia Alam, Shah Alam pada 25 Disember 2024

 

image is not availablePemuda menunjukkan kaligrafi Tahun Baharu Cina di tokong Ban Siew Keng, Kuala Langat pada 5 Januari