Linda Hashim Nekad Buka ‘Fail Rahsia’ Jika Beego Enggan Lafaz Cerai Hari Ini

LocalEntertainment
23 Apr 2025 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Beego hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 11 pagi bagi menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) berkaitan kes perceraiannya dengan isteri, pelakon Linda Hashim.

Mengenakan kemeja putih, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah menyatakan masih berharap rumah tangganya dapat diselamatkan.

Harapan saya masih sama, kalau boleh masih mahu selamatkan rumah tangga kami.

Beego, 44, ditemani peguamnya, Muhammad Akmal Mazan serta ibunya, Rashidah Elias yang menjadi wakil dalam proses JKP.

Tidak lama kemudian, Linda tiba di mahkamah dan menyatakan bahawa dia tetap dengan keputusan untuk berpisah.

Ya (nekad), sudah bertahun berbincang tapi tiada kesudahan. Jadi kali ini saya mengharapkan pengakhiran yang baik. Tapi keputusan hari ini pun saya tidak tahu bagaimana, harap semua berjalan dengan lancar.

Linda turut diiringi peguamnya, Nurul Fadzilah Kamaluddin serta melantik bapa saudaranya, Johaini Ariff sebagai wakil JKP.

Apabila ditanya sekiranya Beego enggan menceraikannya, Linda menjelaskan dia akan mempertimbangkan untuk membuka satu ‘fail’ rahsia tanpa mendedahkan kandungannya.

Kalau dia tidak mahu lepaskan, saya ikut sahaja, tapi mungkin akan buka satu fail lain.

Untuk makluman, Linda telah memfailkan penceraian pada awal Januari lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Pasangan ini pernah hadir ke mahkamah yang sama pada Mei 2023 untuk membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mengambil keputusan untuk rujuk semula pada 9 April 2023, susulan perceraian pada 27 Mac tahun sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 hours ago

"Kitonyo Geng Epidural Jugak" - Ernie Zakri Sertai Gerakan Boikot Pizza Wagyu Jofliam