“Lindungi anak daripada kejahatan..”- Linda Jasmine beri bayangan punca cerai dengan Que Haidar

EntertainmentFamily & Parenting
4 Apr 2026 • 2:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas isteri pelakon Que Haidar, Linda Jasmine, seolah memberi bayangan mengenai punca sebenar perpisahan mereka selepas bercerai pada Julai 2024.

Linda, 53, berkata keputusan untuk bercerai dibuat demi melindungi dua anaknya daripada perkara yang tidak baik.

“Saya melindungi mereka (anak-anak) daripada kejahatan, sebab itu saya menceraikan dia. #YTJT,” katanya menerusi satu komen di TikTok.

image is not available

Bagaimanapun, Linda tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perkara berkenaan.

Kenyataan itu dipercayai sebagai respons kepada seorang netizen yang menasihati agar dia kembali rujuk dengan bekas suaminya.

image is not available

image is not available

Netizen berkenaan turut menyarankan agar pasangan itu bernikah semula demi kebaikan bersama.

Artikel lain: Que Haidar nafi bercinta dengan Fazura, anggap hubungan sekadar kawan lama

Anak mereka, Tengku Ratu, turut memberi respons kepada komen tersebut, mendakwa berlaku masalah dalam keluarga.

“Terima kasih atas perhatian anda. Tapi awak tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” jelas Tengku Ratu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Sumber: TikTok linda_ljstudio