
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menasihatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan elemen negatif sehingga menjejaskan perpaduan.
“Adalah penting bagi kita semua untuk terus bersatu dan melindungi keamanan, keharmonian dan kestabilan politik kita untuk memastikan kemajuan dan pembangunan Sabah,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hajiji berkata pertumbuhan dan ekonomi negeri akan terhalang tanpa kestabilan politik.
Beliau menyifatkan pencapaian Kerajaan Negeri tahun lalu dalam mengutip hasil hampir RM7 bilion serta menarik pelaburan domestik dan asing sebanyak RM1.7 bilion, kepada kestabilan politik.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah atas sokongan dan kepercayaan berterusan kepada Kerajaan GRS-PH untuk menerajui negeri ini,” katanya pada pelancaran Karnival Tahun Baharu Cina di Padang Merdeka, di sini, malam Jumaat.
Ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Christina Liew.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM70 juta, jumlah tertinggi setakat ini, untuk sekolah Cina dan sekolah mubaligh serta rumah ibadat bukan Islam, tahun ini.
“Ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri untuk memenuhi keperluan setiap golongan,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hajiji berkata, komitmen Kerajaan Negeri untuk menyokong semua program rakyat tanpa prejudis tidak perlu diragui.
Beliau juga percaya Karnival Tahun Baharu Cina bukan sahaja dihadiri masyarakat Cina tetapi juga masyarakat lain yang berbilang kaum dan kepercayaan di Sabah.
“Kita meraikan perayaan satu sama lain bersama-sama, yang banyak menyemarakkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Negeri ini,” katanya.
Hajiji turut melahirkan rasa terima kasih kepada masyarakat Cina di Sabah kerana menyokong padu Kerajaan Negeri dalam memastikan agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dapat berjalan dengan lancar.
Beliau memuji Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) kerana bekerjasama rapat bagi memastikan karnival itu berjaya.


